-- KeRonConG uNtuK AkU ...: May 2006 KerOnConG UntUk AkU 
 
  • 27.5.06
    Bila agaknya kita nak memberontak?
    1969. Waktu kemuncak untuk Perang Vietnam. Perancis baru saja bangkit dari kehancuran akibat tunjuk perasaan pelajar yang berjaya melumpuhkan kerajaanya. Kereta kebal Soviet Rusia juga telah menamatkan suatu tunjuk perasaan yg digelar Musim Bunga di Prague, Czechoslovakia.

    Di Malaysia, kita dikejutkan dgn peristiwa berdarah 13 Mei. Rusuhan kaum berlaku kerana kaum Melayu tidak puas hati dgn pencapaian ekonomi mereka dan menuduh ia berlaku kerana kaum Cina telah menindas mereka. Tidaklah pula diketahui mana perginya kaum India ketika ini semua berlaku.

    Walaupun manusia dapat pergi ke bulan pada tahun ini, tetapi ia tetap dikira sebagai "masa yg tidak menentu".

    Rusuhan Baling, Peristiwa 13 Mei, buku Malay Dilemma, semuanya menandakan seperti Malaysia sedang berada di waktu yg genting akibat kesilapan dasar kerajaan ketika itu yang kurang prihatin terhadap kemaslahatan rakyat.

    Tetapi sekarang, hampir 40 tahun kemudian, keadaan adalah lebih teruk lagi. Kerajaan kini dipenuhi oleh ahli kabinet yg mengamalkan rasuah. malah Ahli Parlimen juga terlibat sama. Rakyat ditekan dgn harga minyak, tarif elektrik, tol lebuhraya, dan segala macam lagi yg sentiasa meningkat. Dijanjikan kepada kita bahawa kenaikan harga minyak ini akan digunakan sedikit keuntungannya subsidi utk menaik-taraf sistem pengangkutan awam di Lembah Klang. tetapi kini, setelah harga minyak naik lagi di pasaran, dinyatakan pula tabungan itu sudah hampir tidak wujud lagi.

    Kenapa kita masih lagi tidak bangun dan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran mendesak kerajaan skarang untuk memperbetulkan keadaan atau turun saja jikalau tidak mampu. Memang terdapat tunjuk perasaan yg dilakukan utk mendesak kerajaan kini, tetapi tahap kesedaran rakyat yg selebihnya masih lagi rendah. Tunjuk perasaan kini hanya disertai oleh bilangan yg kecil shj. Apa dah jadi kepada rakyat yg lain?

    Kenapa tidak ada tunjuk perasaan dilakukan di hadapan bangunan NST atau TV3, utk mendesak media massa agar jgn menjadi anjing upahan kepada kerajaan kini?

    Kenapa pelajar2 kita di IPT seluruh negara tidak ada tahap kesedaran seprti Anwar Ibrahim dulu yg mengetuai tunjuk perasaan di Baling? Sekarang ni, bukan Baling saja yg perlukan perhatian kita. Hampir semua kawasan luar bandar di malaysia ini memerlukan pendedahan seperti yg berlaku di Baling dulu.

    Pendek kata, di manakah anda?

    Saya tahu jawapannya. Kita semua berada di hadapan tv masing2 dgn handphone di tangan bersiap-sedia utk AFUNDI kepada calon yg kita sukai. Kita sedang sibuk membaca ttg gosip2 artis serta cuba mengesahkan samada Aishwarya Rai sudah mati atau belum.

    Dengan berbagai teknologi yg ada masa kini, kita sudah buta serta tuli dgn perkara mungkar yg menghambat kita setiap hari. Kita lebih sibuk nak tahu artis mana yg ditangkap khalwat daripada wakil rakyat mana yg menyuruh Pegawai kastam tutup sebelah mata shj kepada jenayah yg sedang berlaku.

    Insaflah wahai rakyat Malaysia sekalian. Negara kita kini di ambang kehancuran akibat kelalaian kita. Bangun lah cepat, agar anak cucu kita tidak mengeji kita kerana meninggalkan sebuah negara yg muflis dan korup utk mereka diami."
    posted by minda bersaru @ 9:41 am  
     

    PenDiteGile

    Nama: minda bersaru
    Tempat Tinggal Bukit beruang, melaka, Malaysia

    Lihat profil Lengkap
    Artikel Terdahulu
    Arkib
    Kempen

    TazKiraH
  • 4 PETANDA PEREMPUAN YANG BERKAT
  • 1. Perempuan yang cepat kahwin
  • 2. Perempuan yang Banyak Anak
  • 3. Perempuan yang Murah Maskahwin
  • 4. Perempuan yang baik Maruah dan akhlak
  • Pautan
    Template by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

     
    free 
website counter ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE free website counter TERIMA KASIH cash advances Rakan Masjid Topsites Malaysia Blog Sites Listing