-- KeRonConG uNtuK AkU ...: July 2006 KerOnConG UntUk AkU 
 
  • 13.7.06
    RM1 dan RM5
    Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

    "Oit geng,lama tak nampak, mana ko pergi?" Tanya Duit Singgit


    Lima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak kat One Utama.. tempat2 cam tuh lah.

    Eh,
    ko camner lak camna..?"

    Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

    note: Fikirkan lah wahai sahabat handai semua...mengapakah perkara sebegini boleh berlaku....fikirkanlah?????????
    posted by minda bersaru @ 10:41 am  
  • 12.7.06
    Pengalaman Adik Terminum Air Holyy Water/Air Jampi Sihir.
    annas menulis "Setiap apa yang berlaku adalah atas kekuasaan Allah swt dan kita sebagai hamba perlu meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa hanya kepada Allah kita kembali dan memohon bantuan.Dalam coretan kali ini saya akan membicarakan satu kenangan silam semasa menghadiri satu rawatan tradisional mengenai kisah adik perempuan saya yang terkena sihir akibat meminum air holyy water tersebut.Dalam bicara ini saya hanya berkongsi pengalaman dengan anda sekalian mengenai kisah ini.

    Seingat saya pertengahan tahun 2001,waktu itu kami sekeluarga menghadapi satu ujian,dimana emak kesayangan kami sedang sakit .Tanpa pengetahuan saya dan keluarga,adik perempuan saya telah berusaha secara diam-diam untuk mencari pakar tradisional yang dapat membantu mengubati ibu kami.Saya akui memang kami dalam bidang agama agak kurang mahir lagipun keluarga kami memang baru dalam mengenal ajaran Islam.Adik saya terlalu sayangkan emak,sehingga sanggup berjumpa dengan seorang dukun yang bukan dari satu agama untuk melihat punca sebenar emak sakit.Keluarga kami memang langsung tidak tahu menahu mengenai usaha adik ini untuk berjumpa dukun tersebut yang tinggal di kawasan terpencil.

    Malam semakin menjelma tiba,waktu maghrib telah hampir dan azan pun berkumandang diangkasa,tiba-tiba adik perempuan saya jatuh dari tempat duduknya dan menjerit sekuat hati sambil menutup kedua cuping telinganya.Adik saya terasa marah dan kepanasan apabila mendengar suara azan tersebut,Kami semua terkejut dan memegang adik agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku.Ayah pula menyuruh saya menjemput seorang ustaz yang memang pandai merawat dalam bidangni secepat mungkin.

    Selesai solat maghrib,saya menjemput ustaz tersebut datang ke rumah untuk melihat keadaan adik perempuan saya yang masih dirasuk dan matanya tajam melihat sesiapa sahaja sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.Ustaz tersebut tersenyum sambil meminta secawan air ,sebiji limau kasturi dan 3 biji ladah putih untuk merawat adik saya.Ustaz tersebut memulakan rawatan sambil membaca beberapa ayat al-quran.Beliau kemudian memercikan sedikit air ke mata adik saya sambil memicit ibu jari kaki adik saya.Adik saya pula menjerit dan melawan dengan usraz tersebut sambil menghamburkan kata-kata kesat.Ustaz tersebut diam dan tersenyum,tak lama kemudian beliau berdialog dengan adik saya sambil memicit ibu jari adik saya.Adik saya meraung sambil menyebut nama JESUS DAN IBU JESUS,beliau menjerit dan melawan sedaya-upaya ustaz tersebut,Alhamdulillah akhirnya 3 jam kemudian adik saya dapat dipulihkan.

    Apabila adik saya sedar dan semakin pulih,kami bertanya kepada adik sambil mendengar cerita beliau.Menurutnya,beliau terdesak dan tidak sampai hati melihat emak kami terlantar sakit,lantas dia pergi secara senyap-senyap ke tempat dukun tersebut untuk melihat dan bertanya punca sebenar emak sakit.Dirumah dukun tersebut,terdapat beberapa patung yang kecil berwarna hitam legam,haruman setanggi juga meliputi kawasan rumah tersebut dan terdapat beberapa ekor ular yang diletakkan dalam sangkar.Adik saya pada mulanya berasa takut dan agak khuatir,namun demi kerana untuk menyembuhkan penyakit emak,dia cuba beranikan diri sambil mengikuti dukun tersebut masuk kedalam sebuah bilik yang agak suram lagi menakutkan.Sambil disuruh duduk,dukun tersebut memberitahu kepada adik saya bahawa jika dia nak supaya emak saya sehat sepenuhnya,adik saya mestilah meminum segelas air yang sudah dijampi serapah oleh dukun tersebut.Adik saya seolah-olah terpukau dengan hasutan dukun tersebut dan terus meminum air tersebut tanpa disuruh membaca sebarang ucapan atau kalimah Allah.Akhirnya proses rawatan selesai dan dukun tersebut memberi jaminan bahawa dengan meminum air tersebut ibu kami akan sembuh seperti sedia-kala.Adik saya pun pulang kerumah dan rasa perubahan pada diri dia tidak sedari sehinggalah waktu azan maghrib menjelma baru beliau dapat rasakan.

    Alhamdulillah adik saya dapat dirawat sepenuhnya oleh ustaz tersebut dan emak pula semakin pulih ,ini kerana emak kami bawa ke hospital untuk rawatan susulan.Semuanya dengan kuasa Allah swt.Sebagai pengajaran semua,jangan kita cuba mensyirikkan Allah dengan cara menjadi hamba kepada dukun atau bomoh yang kita rasa menyalahi dan boleh merosakkan akidah kita.

    Alhamdulillah kini kami sekeluarga cuba mendalami ISLAM secara sempurna dan mengamalkan apa yang dilarang serta diperintahkan oleh Allah swt.

    maaf sekadar renungan kita semua.
    "
    posted by minda bersaru @ 11:43 am  
     

    PenDiteGile

    Nama: minda bersaru
    Tempat Tinggal Bukit beruang, melaka, Malaysia

    Lihat profil Lengkap
    Artikel Terdahulu
    Arkib
    Kempen

    TazKiraH
  • 4 PETANDA PEREMPUAN YANG BERKAT
  • 1. Perempuan yang cepat kahwin
  • 2. Perempuan yang Banyak Anak
  • 3. Perempuan yang Murah Maskahwin
  • 4. Perempuan yang baik Maruah dan akhlak
  • Pautan
    Template by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

     
    free 
website counter ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE free website counter TERIMA KASIH cash advances Rakan Masjid Topsites Malaysia Blog Sites Listing