-- KeRonConG uNtuK AkU ...: August 2006 KerOnConG UntUk AkU 
 
  • 16.8.06
    Selamatkan Islam
    ASSALAMUALAIKUM

    Terima kasih tuan kerana sudi membaca e-mel ini. Semoga ALLAH mencucuri roh dan jasad tuan hingga akhir cucu.

    Sebagaimana yang kita tahu sekarang Israel laknatullah (orang Yahudi) telah mengebom habis-habisan Lubnan tanpa belas kasihan. Cuba tuan bayangkan mangsa yang tercedera dan terkorban tanpa sebab musabab adalah saudara tuan, anak-anak tuan sendiri malahan yang terkorban itu adalah ibu bapa tuan sendiri. Betapa kasihan mereka ini tuan. Sebagai saudara seagama apa yang boleh kita lakukan? Hanya melihat dan mendengar berita-berita kematian dan penghancuran sahaja?

    Sebenarnya kekejaman Israel terhadap Lubnan adalah untuk menutup kekejaman mereka sebelum ini terhadap Palestin kepada media. Sekarang ini Palestin masih lagi diserang, tetapi kita tak tahu tuan. Media massa hanya menyebarkan berita kekejaman Israel di Lubnan sahaja. Sebenarnya tuan, kita tak tahu cerita sebenarnya. Cerita di sebalik tabir kita tidak tahu. Palestin telah diserang tanpa henti selama 50 tahun sampai sekarang. Tuan, Israel sebenarnya telah gagal untuk menawan Palestin sepenuhnya. Israel gagal untuk memasuki sempadan Gaza walaupun telah mengepung Gaza secara keseluruhan. Israel hanya mampu untuk menyerang melalui udara sahaja. Sempadan Gaza telah dikawal dengan baik oleh para Mujahidin Palestin.

    Di Lubnan juga Israel telah gagal, sebelum ini Olmert pernah berkata bahawa tentera Israel akan mengalahkan Hizbullah dalam masa 24 jam sahaja. Tetapi hari ini dah masuk hari yang keberapa tuan? Israel telah menyerang semenjak pertengahan bulan Julai 2006. Hakikat sebenarnya Israel telah gagal. Bahkan sehingga hari ini tentera Hizbullah semakin kuat.

    Sebenarnya tuan, Hizbullah telah mendapat bantuan ketenteraan dari Iran dan roket dari Syria. Hizbullah tiada roket sendiri dan hanya menggunakan senjata buatan sendiri. Dan hari ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa Israel (orang Yahudi) mahu menyerang Syria. Atas sebab ura-ura inilah negara-negara Arab yang tidak mahu menggunakan senjata minyak mereka terhadap Amerika berkata bahawa jika negara Liga Arab diserang oleh sesiapa pun termasuk Israel, negara-negara Arab akan bertindak balas. Syria termasuk dalam Liga Arab.

    Tuan, beberapa tahun dulu mufti Mesir ada mengeluarkan fatwa bahawa haram untuk menyokong pergerakan Hizbullah kerana mereka ini adalah pengikut Syiah. Pengikut Syiah sebenarnya terkeluar dari landasan Islam yang sebenarnya (Sunnah Wal Jamaah).

    Tapi fatwa ini dahulu tuan, sekarang ini kita wajib menyokong Hizbullah. Kalau bukan kita siapa lagi tuan untuk menyokong menentang Israel (orang Yahudi) dan Amerika?

    Untuk makluman tuan sekarang ini Hizbullah turut dianggotai oleh puak Sunnah dan puak Sunni bergabung untuk menentang kekejaman orang Yahudi. Bahkan turut dianggotai oleh beberapa orang Kristian (jangan dijadikan isu). Ini adalah hasil usahasama antara Dr. Fathi Yakan dan Al-Faisal selaku ketua bagi puak masing-masing.

    Atas maksud ini la tuan kita kenalah perbanyakkan doa dan istighfar ke hadarat ALLAH yang MAHA BERKUASA lagi MAHA PENYAYANG.

    Kita juga kena berani untuk menyatakan bantahan terhadap Israel (orang Yahudi) dan Amerika. Dan menyatakan sokongan terhadap Hizbullah.

    Semoga ALLAH memberikan mereka ketahanan dan kesabaran yang kuat dan memberikan hidayah kepada penduduk Lubnan dan Palestin, hidayah kepada Olmert dan rakyatnya, hidayah kepada tuan, dan hidayah untuk seluruh alam.

    Sekarang ini di Malaysia pula timbul isu penubuhan InterFaith Council (IFC). Isu ini hangat tuan. Isu ini melibatkan sensitiviti dan maruah umat Islam. Tujuan penubuhan IFC ialah untuk melemahkan sistem perundangan Islam sedia ada.

    Kewujudan IFC akan melemahkan kuasa Mahkamah Syariah dan turut mencabar kewibawaan Majlis Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Agong. Kalaulah IFC berjaya di tubuhkan habislah masa depan anak-anak kita tuan. Mereka boleh belajar dan menganut sebarang agama sesuka hati tanpa sebarang tindakan undang-undang. Dan apabila IFC ditubuhkan, kita sebagai Ibu bapa yang beragama Islam tidak wajib atau sesuka hati mengislamkan anak kita yang baru lahir.

    Kita kena bantah semua ini tuan dan doakan untuk kesejahteraan umat Islam.

    Rancangan penubuhan IFC disebabkan kes Azlina Jailani @ Lina Joy

    Kes Lina Joy akan didengar di Mahkamah Persekutuan dan jika berjaya berapa ramai anak muda yang hanya menunggu masa untuk dikristiankan nama sahaja akan bertukar nama dan bebas untuk mengamalkan cara hidup kristian.

    Dan untuk makluman lanjut dan menyatakan sokongan tuan terhadap bantahan penubuhan IFC sila layari laman web ini dan tandatangan.

    Laman web rasmi: http://www.myislamnetwork.net/

    Atas sebab masalah inilah saya harap tuan dapat forwardkan atau sampaikan e-mail ini kepada rakan-rakan seagama yang lain semoga kita semua selaku umat Islam dapat bersatu INSYAALLAH -AMIN.
    posted by minda bersaru @ 12:34 pm  
  • Gejala Sosial: Melayu Yang Melayu di Tanah Melayu
    Apabila diajukan persoalan mengenai gejala sosial, ramai pimpinan dan anggota parti pembangkang menuding jari kepada kerajaan. Saya faham kerajaan merupakan institusi terbesar di negara, namun apa yang pasti institusi kekeluargaan juga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi remaja yang lebih sihat, matang dan mampu berfikiran secara kritis dan kreatif.

    Sebut sahaja gejala sosial, maka terbayang anak-anak muda belasan tahun yang gemar melepak, merempit atau berpeleseran menikmati secangkir belaian nafsu hangat di sebalik dingin hawa malam. Adakah mereka ini anak yatim piatu – tiada mak ayah, atau mungkin ibu bapa mereka memang tidak peduli langsung segala aktiviti dan pergerakan anak-anak? Tolak tepi soal politik partisan, tolak tepi khabar angin mengenai anak-anak posto parlimen Nazri Aziz, tolak tepi tentang Siti-Dato’ Khalid Jiwa, tolak tepi gosip Dato’ Seri Khairy Jamaluddin-Maya Karin, apa yang tinggal hanyalah sebuah nukleus bernama keluarga. Keluarga saya satu nukleus, keluarga anda satu nukleus. Bincang dulu ada apa dengan nukleus ini sebelum bising menuding jari membelasah mencincang pihak berkuasa. Apa mereka tahu selain pura-pura pekak badak dengan masalah rakyat? Apa yang boleh diharap sangat dalam kabinet Islam Hadhari yang hanya mampu menonjolkan menteri kabinet seperti Tengku Kelepet Adnan Mansor yang berakhlak mulia itu?

    Anak muda hatinya membara, nafsunya bergelora, tak ubah seperti kuda lalok gila betina, jantannya mendabik dada, si gadis tersenyum manja. Pantang dicabar pasti disahut, lalu punahlah harapan, rosaklah impian. Itulah realiti yang sempat saya selami selama menongkah alam remaja. Tanpa panduan, tanpa hidayah dari Allah S.W.T maka mudahlah manusia terkandas dan tergelincir dalam mencari jalan hidup yang diredhaiNYA.

    Saya menasihati diri saya, dan memberi ingatan kepada diri saya dan anda semua. Di sinilah letaknya peranan ibu bapa, dalam menjadikan anak mereka sebagai anak yang berguna, bukan pengkhianat agama, negara dan bangsa.

    Dalam menangani gejala sosial, ibu bapa sememangnya mempunyai kuasa veto mengatasi Russia, Amerika, China dan lain-lain proksi PBB di dunia. Ibu bapa sewajarnya memberi tumpuan dan perhatian kepada anak-anak, mendekatkan diri mereka dengan Tuhan, mengambil tahu hal pelajaran mereka, dengan siapa mereka bergaul dan tahu semua aktiviti semasa anak-anak. Di sini suka saya bertanya, di saat anda ke surau mengikuti ceramah dan majlis ilmu, adakah anak-anak remaja anda dibawa bersama, atau mereka lebih senang tinggal di rumah saja bermain gitar kapok mendendangkan lagu-lagu Nirvana, Metallica, Search, Mawi dan M.Daud Kilau? Saya yakin remaja-remaja semuanya sudah bersunat dan tahu apa yang baik dan buruk, mereka tahu tiada faedahnya memekak dengan suara yang cuma lebih merdu sikit berbanding vokal Ibrahim Ali memanggil hujan. Mereka faham dosa dan pahala, tetapi fikiran mereka masih berkabus dan berjerebu, lalu siapa yang bertanggungjawab untuk membersih dan meneutralkan otak mereka kalau bukan ayahanda dan bonda? Harap kawan tolong bukakan minda? Maaflah kawan pun 2 X 5 saja. Kerana itu dalam menangani gejala sosial, anak-anak perlu diberi perhatian sejak dari kecil lagi, sebelum otak mereka kabur dilanda jerebu tatkala menjelang usia remaja.

    Apabila dicongak dan dihitungkira, negara kita sedang menuju keranapan dan kehancuran menjelang tahun 2020. Saya berharap andaian/pendapat ini salah dan terpesong sama sekali. Tetapi apa yang saya lihat secara zahirnya kini ibu bapa terlalu sibuk mengejar kerjaya sampai anak-anak kecil dihantar ke nurseri. Di sini hubungan ibu bapa dengan anak-anak sudah pasti tidak rapat dan mesra. Impaknya, apabila sudah remaja nanti mereka ini berpotensi menjadi besar kepala dan sentiasa bersiap-siaga untuk memijak kepala ibu bapa, andai dihalang atau disekat dari melakukan sesuatu perkara.

    Ibu bapa sepatutnya menumpukan kepada kebajikan keluarga sebagai asas kebahagiaan rumah tangga. Dalam Islam, suami berperanan sebagai pencari rezeki serta mendidik keluarga manakala si isteri pula bertugas menjaga harta mereka di rumah dan juga anak-anak, masing-masing ada portfolio yang sudah diberi dalam garis panduan yang diterapkan oleh Nabi Muhammad (S.A.W). Ini merupakan hujah asas saya betapa Islam mengiktiraf wanita sebagai kaum yang kuat kerana bertugas sebagai pelindung anak-anak dan pengawal selia harta keluarga. Islam tidak pula meletakkan wanita itu setaraf dengan seluar dalam dan coli semata-mata, dan Islam tidak pula meletakkan wanita itu setaraf dengan pelacur jalanan yang boleh dilenyek-lenyek ataupun sekadar perhiasan kamar di malam hari. Tugas dan tanggungjawab berat inilah menatijahkan seseorang wanita untuk mendapat keberkatan hidupnya, dan setahu saya isu keberkatan ini tidak pula disentuh oleh Zainah Anwar (Sisters In Islam) dan juga tukang-tukang karut IFCnya.

    Namun demikian, wanita masa kini bukanlah persis wanita Zaman Gelap / Feudal ataupun di awal zaman Renaissance, yang mana hak-hak mereka ketika itu dinafikan serta suara mereka dipandang sepi oleh pemerintah. Wanita zaman sekarang adalah sebahagian dari wajah-wajah teknokrat yang memacu kemajuan ekonomi negara, sementara lelaki pula secara beransur-ansur berubah menjadi sampah sarap, atau mungkin sekadar lalang-lalang yang mengarut tumbuh di celah sawah-sawah padi yang hidup subur. Taraf penagih dadah tegar yang didominasi lelaki Melayu sekarang mungkin lebih baik sikit jika dibandingkan dengan bangkai biawak yang mati tertelan racun rumpai.

    Hari ini, seandainya mata anda tidak kabur kerana terlalu ralit bermain game Counter Strike, anda dan saya dapat melihat jelas dan sedar sesedar sedarnya bahawa sesungguhnya kini gaji si isteri jauh mendahului pendapatan suami, justeru itu bagaimana isteri mahu melepaskan karier mereka? siapa nak bayar duit bulanan kereta, sewa rumah, api eletrik dan telefon, pampers anak-anak, belanja sekolah dan bermacam-macam jenis belanja bulanan? Dengan mengharapkan gaji suami, cukuplah sekadar makan nasi sekepal berlauk ikan jaket sahaja. Habis tu macam mana wanita nak memainkan peranan mereka sebagai ibu yang bertanggungjawab tanpa mengabaikan kerjaya mereka?

    Di sinilah terletak cabaran yang begitu berat dan pedih, apabila wanita terpaksa berfikir sama ada anak-anak atau kerjaya?

    Agak sukar tetapi di dunia ini sentiasa ada wujudnya situasi menang-menang. Dalam Islam ada istilah menang dunia menang akhirat. Cuma kita sedikit kabur dalam memikirkannya, tak tahulah mungkin selama ini otak kita jarang diperah selain isu-isu percintaan dan gosip-gosip artis yang lulus setakat SPM pangkat 2 sahaja. Dalam keadaan ini, sewajarnya kita mesti boleh berfikir secara rasional tanpa mengabaikan agama sebagai panduan utama dalam hidup ini.

    Sebuah kehidupan yang bahagia banyak bergantung kepada wanita sebagai jantung hati keluarga. Tanpa jantung yang berfungsi baik maka sakitlah keluarga itu. Tanggapan saya adalah kebahagiaan keluarga hanya terjalin apabila si isteri sanggup memikirkan kebajikan spiritual dan mental anak-anak lebih dari memikir mengenai �self esteem’ dalam kerjaya dan hidupnya. Anak adalah anugerah Allah kepada ibubapa, tidak ternilai hatta dengan jutaan US Dollar sekalipun. Berbaloikah menimbun wang tetapi dalam masa yang sama anak-anak pula terlepas pandangan? Sedar tidak sedar mereka sudah pun membesar tanpa perhatian dan kasih sayang secukupnya, dan di sinilah bermulanya barah gejala sosial.

    Di dalam arus teknologi maklumat ini, saya nampak sedikit sinar situasi menang menang itu, yakni si ibu tidak perlu mengabaikan perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak kerana mengejar kariernya. Saya amat berharap dalam tempoh beberapa tahun mendatang ibu-ibu yang berkerjaya dibenarkan menyelesaikan tugasan – assignment mereka di rumah bagi memberikan mereka lebih ruang untuk bermesra dengan anak-anak kecil, di samping mendidik mereka dengan acuan sendiri.

    Sanggupkah wanita mengurangkan sedikit kebebasan demi anak-anak? Hanya naluri keibuan sahaja boleh menjawabnya. Tepuk dada tanyalah selera.

    Cantinglah anak-anak dengan warna-warna keimanan dan keilmuan semoga hidup mereka tidak terpesong dari jalan yang diredhai Allah S.W.T. Hidupkan cahaya ilmu di sanubari mereka, didiklah mereka dengan ilmu dunia dan juga akhirat. Suluhkan mereka dengan pelita kebenaran, jangan lalaikan mereka dengan Akademi Sia-Sia, One In A Million Stupid, Malaysian Idiot, Mentor Mentee dan lain-lain bahan-bahan tv yang mengarut dan merosak minda.

    Andai kata ada di kalangan anda yang tidak bersetuju dan bersifat feminist, suka saya beritahu anda bahawasanya perempuan jauh lebih mudah untuk ke syurga berbanding lelaki, dan langkah ke singgahsana Firdausi itu tidaklah sejauh hingga ke Makkah, dan tidak pula tinggi sehingga ke langit ketujuh. Ia hanya berada betul-betul di hadapan anda. Jalankan tanggungjawab, tunjukkan belas ihsan pada anak-anak, berikanlah tumpuan lebih kepada keluarga, rebutlah peluang tersebut seadanya. Semoga anda sentiasa diberkati Allah di dunia dan akhirat. Janganlah terkeliru soal syurga dan neraka hanya kerana Sisters In Islam tidak mengungkitnya di dalam diskusi IFC mereka.
    Terima Kasih

    BERKHIDMAT UNTUK REFORMASI FASA KEDUA


    Youth Sighyoung (Belia Sayang)
    0019 streetreformist captain
    posted by minda bersaru @ 12:31 pm  
     

    PenDiteGile

    Nama: minda bersaru
    Tempat Tinggal Bukit beruang, melaka, Malaysia

    Lihat profil Lengkap
    Artikel Terdahulu
    Arkib
    Kempen

    TazKiraH
  • 4 PETANDA PEREMPUAN YANG BERKAT
  • 1. Perempuan yang cepat kahwin
  • 2. Perempuan yang Banyak Anak
  • 3. Perempuan yang Murah Maskahwin
  • 4. Perempuan yang baik Maruah dan akhlak
  • Pautan
    Template by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

     
    free 
website counter ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE free website counter TERIMA KASIH cash advances Rakan Masjid Topsites Malaysia Blog Sites Listing