-- KeRonConG uNtuK AkU ...: January 2007 KerOnConG UntUk AkU 
 
  • 19.1.07
    Lagu KAnak-KAnak: MAri BergembiRA
    posted by minda bersaru @ 11:58 am  
  • Lagu KAnak-Kanak: Bangau oH Bangau
    posted by minda bersaru @ 11:50 am  
  • 18.1.07
    Lagu KAnak-KAnak: Air PAsang Pagi
    posted by minda bersaru @ 12:09 pm  
  • 17.1.07
    Kenyataan Anwar tentang kes Altantuya
    Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim mengenai kes pembunuhan Altantuya itu: "Selain daripada isu-isu perundangan dan jenayah, kes ini telah menimbulkan persoalan penting mengenai ketelusan dan akauntabiliti."Orang ramai berhak mengetahui bahawa siasatan telah dijalankan tanpa kecuali terutamanya terhadap penggunaan bahan letupan C4 di samping dua daripada mereka yang tertuduh ialah anggota Unit Tindakan Khas yang ditugaskan di pejabat Timbalan Perdana Menteri."Dalam perkara ini, kepentingan awam menuntut agar kenyataan polis diambil daripada semua yang didapati mempunyai apa-apa hubungan dengan Altantuya Sharibu atau apa-apa kaitan dengan para pembunuh. Sebagai contohnya, ada persoalan yang masih belum dijawab berkenaan mengapa anggota UTK yang sedang dituduh mahu membunuh mangsa dan kemudian mengambil tindakan yang begitu drastik untuk memusnahkan bahan bukti?"Adakah mereka bertindak di atas keputusan mereka sendiri atau adakah mereka melaksanakan arahan? Siapa pula yang meluluskan penggunaan bahan letupan C4?"Tambahan lagi, ada juga persoalan mencurigakan mengenai kehilangan dokumen perjalanan berkaitan pergerakan keluar masuk Altantuya secara tiba-tiba."Adakah pihak imigresen sedar tentang perkara ini? Atau ada arahan dari pihak atasan untuk memadam rekod-rekod ini? Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Inilah persoalan yang mesti disiasat secara telus, dan mereka yang bertanggungjawab mesti didedahkan. "Tidak kiralah apa yang akan terjadi di dalam perbicaraan yang hanya akan diadakan pada tahun hadapan, persoalan-persoalan asas ini mestilah dijawab sekarang. Persoalan-persoalan ini bukan hanya ditanya di negara kita, tetapi di seluruh dunia dan sistem kehakiman kita mendapat perhatian sekali lagi. Tanggapan umum kini ialah sebuah siasatan jenayah yang tidak lengkap yang menimbulkan lebih banyakpersoalan dari jawapan. "Sudah semestinya mereka yang melakukan pembunuhan tersebut dibawa ke muka keadilan, tetapi semua yangbertanggungjawab mengarahkan pembunuhan tersebut juga mesti didedahkan. Malah, pihak tersebut memikul beban yang lebih besar untuk jenayah tersebut."Persoalan juga timbul berkenaan peranan Altantuya dalam pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta dari Perancis oleh kerajaan Malaysia dalam perjanjian bernilai hampir 1 billion euro (RM4.6 billion). Kami menganggap sebab-sebab yang diberi oleh kerajaan bahawa tiada isu rasuah atau akauntabiliti kerana komisyen ini dibayar oleh penjual kepada pihak ketiga, dan "tidak melibatkan wang kerajaan" langsung tidak munasabah."Ini penipuan yang nyata; tiada penjual yang akan memberi komisyen sebegitu lumayan melainkan ia telah diambilkira di dalam harga pembelian kapal selam tersebut."Pembayaran komisyen berjumlah 114 juta euro (RM530 juta) nyata sekali teramat mahal. Orang ramai berhak mengetahui siapakah sebenarnya yang mendapat durian runtuh ini? "Sebagaimana didedahkan oleh Far Eastern Economic Review pada tahun 2002, Perimekar Sdn. Bhd. Akan menerima 8% dari jumlah kontrak dalam masa 6 tahun akan datang. Menurut penerbitan tersebut, Perimekar dimiliki 100% oleh Ombak Laut, syarikat milik Razak Baginda dan rakan-rakannya. Ombak Laut kemudian menjual 40% dari syarikat Perimekar kepada LTAT dan sebuah syarikat berkaitan."Bagaimana sebuah syarikat yang tidak dikenali mendapat urusan pembelian senjata yang begitu besar. Hakikat bahawa Razak Baginda mengetuai sebuah 'think-tank' politik yang begitu rapat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dengan sendirinya menimbulkan persoalan yang besar mengenai ketelusan transaksi tersebut."Mengapa pihak-pihak berkuasa seperti Badan Pencegah Rasuah dan Bahagian Jenayah Komersial tidak memulakan siasatan terhadap perkara ini?
    posted by minda bersaru @ 12:44 pm  
  • 15.1.07
    Puisi untuk Aku
    waktu engkau kanak2, kau laksana kawanku sejati..
    dengan wudhu' aku disentuh dengan keadaan suci
    aku dipegang, dijunjung..di atas rehal aku dipelajari
    aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari...

    sekarang engkau dewasa..kau tak berminat lagi
    apakah aku...hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji???

    sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan
    atau dibuat tangkal untuk menakutkan syaitan
    aku tersingkir..dibiarkan bersendirian dalam kesepian
    di atas almari..di dalam laci...aku dpendamkan

    dulu pagi2..surah2ku engkau baca beberapa halamn
    sekarang sambil minum kopi..engkau baca Berita Harian
    masa lapang engkau baca sastera karangan manusia
    sedangkan ayat2ku datang dari Tuhan yang Maha Perkasa

    waktu malam engkau baring di depan TV
    menonton pertandingan bola dan lakonan manusia
    di depan komputer berjam-jam engkau duduk
    masa berlalu...aku menjadi buruk dalam gerobok
    mengumpul debu diselaputi habuk

    apakah suratkhabar, TV, komputer memberimu hikmat..
    bila engkau dikubur..bersendirian menanti kiamat
    engkau didatangi para malaikat untuk pemeriksaan
    hanya dengan ayat2 Tuhanmu engkau akan terselamat

    sekarang engkau begitu leka membuang peluang
    setiap saat berlalu..kuranglah baki usiamu
    dan kubur sentiasa menunggumu
    engkau bisa kembali kepada Tuhanmu..bila2 waktu
    apabila malaikat maut mengetuk pintu

    kalau aku dibaca selalu dan dihayati
    di kubur kelak..
    aku datang sebagai seorang pemuda tampan membantu engkau membela diri
    peganglah aku lagi..bacalah aku setiap hari
    kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui
    yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi saw

    keluarkanlah aku dari almari...sentuhlah aku lagii..
    jangan biarkan aku sendiri..bcoz.."Im so lonely"
    posted by minda bersaru @ 3:05 pm  
  • Fatwa merokok
    Ditanyakan kepada Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, 'Apa hukum menghisap rokok berikut dalil nya dari Al-Qur'an dan Al-Hadits?'
    Jawab:Rokok adalah haram.Dalilnya adalah firman Allah:
    "Dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada mu."(An-Nisa: 29)
    "Dan janganlah kamu menjerumuskan dirimu sendiri dalam kebinasaan."(Al-Baqarah: 195)
    "Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan."(An-Nisa: 5)
    Lalu Allah dalam banyak ayatNya melarang kita melakukan pembaziran. Dan, tidak diragukan lagi membeli rokok adalah pembaziran dan sekaligus perosak kesihatan,sehingga termasuk hal yang dilarang. Dalam Sunnah Rasulullah saw melarang membuang-buang harta. Dan tentu membelanjakan wang untuk rokok adalah membuang wang. Rasulullah saw bersabda, "Tidak boleh mendatangkan bahaya dan membalasnya dengan bahaya." Dan semua tahu, merokok sangat membahayakan. Di samping itu, jika telah kecanduan rokok, seseorang akan sakit dan sesak dadanya jika tak mendapatkannya. Padahal itu sama dengan memaksakan untuk dirinya sesuatu yang tidak ia perlukan.
    Fakta-fakta1. Rekomendasi WHO, 10/10/1983 menyebutkan seandai nya 2/3 dari yang dibelanjakan dunia untuk membeli rokok digunakan untuk kepentingan kesehatan, niscaya boleh memenuhi kesihatan asasi manusia di muka bumi.2. WHO juga menyebutkan bahwa di Amerika, sekitar 346 ribu orang meninggal tiap tahun disebabkan rokok.3. 90% dari 660 orang yang terkena penyakit kanser di salah satu rumah sakit Shanghai Cina adalah disebabkan rokok.4. Peratus kematian disebabkan rokok adalah lebih tinggi dibandingkan karena perang dan kecelakaan lalulintas.5. 20 batang rokok perhari menyebabkan berkurangnya 15% haemoglobin,iaitu zat asas pembentuk darah merah.6. Peratus kematian orang yang berusia 46 tahun atau kurang adalah 25 % lebih bagi perokok.Mitos (Myth)1. Merokok membantu berfikir, padahal kenyataannya merokok boleh menceraiberaikan pikiran, mengurangi konsentrasi berfikir karena rokok menyebabkan penyempitan nafas dan keringnya tenggorok2. Merokok membantu menenangkan urat saraf, padahal sebaliknya rokok berpengaruh buruk pada urat saraf, sebagaimana ia menyebabkan kencang nya denyut jantung dan itu sangat berbahaya.3. Merokok memperbanyak kawan dengan saling menawar kan rokok . Ternyata inipun keliru, sebab pada kenyataannya kawan-kawan yang dimaksud adalah teman-teman buruk.4. Merokok menghilangkan rasa lelah, padahal menambah kelelahan dan kepayahan karena terganggunya banyak organ tubuh, seperti urat saraf,alat pencernaan dsb.5. Merokok boleh mengusir kesedihan dan kegalauan, padahal ia mendatangkan kesedihan, kegalauan dan bencana, di antaranya kerana ia harus terus meroboh poketnya, dan dengan merokok bererti ia secara terang-terangan melakukan maksiat kepada Allah. Bahaya Merokok Merokok sangat berbahaya dan merosak kesihatan. Di antara bahaya merokok adalah:
    Melemahkan iman dan menjauhkan diri dari Tuhan.Mengurangi nafsu makan.Menyebabkan penyakit TB.Menyebabkan sesak nafas.Menyebabkan sulitnya pencernaan makanan.Menyebabkan rosaknya hati.Menyebabkan berhentinya denyut jantung.Menyebabkan penyakit kanser.Menyebabkan batuk dan lendir.Menyebabkan lemas dan kurus.Menyebabkan luka lambung.Menyebabkan kebakaran.Menyebabkan keengganan isteri terhadap suaminya.
    Mungkin beberapa penyakit di atas belum nampak pada masa muda karena daya tahan tubuh yang diberikan Allah . Tetapi pada masa tua, berbagai penyakit itu akan bereaksi kecuali jika Allah menghendaki yang lain.
    Bagaimana Memerangi Rokok ?1. Tak disangsikan bahwa setiap penyakit ada ubatnya. Adapun untuk mengatasi kecanduan merokok di antaranya adalah hal-hal berikut:
    -Tarbiyah (pendidikan) keimanan yang sungguh-sung guh untuk setiap individu masyarakat.-Adanya teladan yang baik saat di rumah, sekolah dan lingkungan lainnya.-Melarang para guru merokok di depan murid-murid nya terutama yang masih berusia belia.-Penerangan yang jelas dan intensif tentang bahaya merokok.-Membebankan cukai yang tinggi terhadap berbagai jenis rokok.-Melarang merokok di tempat awam-Menyebarkan fatwa para ulama yang menjelaskan tentang haramnya rokok.-Menyebarkan nasihat-nasihat dan peringatan-peringa tan para doktor tentang bahaya rokok.-Peringatan tentang bahaya rokok dalam ceramah-ceramah, khutbah dan lainnya.-Nasihat secara pribadi kepada perokok. Serba-serbi Rokok 1.Setiap harinya ada 44 orang meninggal dunia di Britain akibat rokok.
    2. Setengah batang terakhir rokok mengandung zat yang jauh lebih berbahaya dari setengah yang pertama.3. Pemerintah Itali pada tahun 1962 melalui UU. No. 65 melarang melakukan iklan rokok dan berbagai hal yang berkaitan dengannya.4. Sebagian doktor berkata, dalil-dalil sangat kuat sehingga sampai pada tahap tidak ada jalan lain menurut perasaan kita sebagai doktor yang bertanggung jawab terhadap kesihatan umat manusia kecuali kita harus memperingatkan masyarakat dari bahaya rokok yang mengancam mereka.Karena itu mereka harus berhenti merokok!5. Syaikh Muhammad bin Abdullah Al-Masuti sangat keras dalam hal rokok, sehingga buku-buku yang ditulisnya banyak membahas tentang haramnya rokok, di antaranya:"Pemahaman dan Penjelasan tentang Bahaya Tembakau yang dikenal dengan Nama Rokok", "Mutiara-mutiara Pilihan dalam Penjelasan Tentang Haramnya Tembakau yang dikenal dengan Nama Rokok." "Penjelasan dan Keterangan Tentang Haramnya Merokok." Dan dikatakan bahwa rokok dikenal di dunia Arab dan dunia Islam pada umumnya sekitar tahun 1012 H.
    geovisit();
    posted by minda bersaru @ 2:59 pm  
  • Haloba
    Singa yang tak tinggal di rimba
    Ketagih darah sentiasa
    Walau memiliki semua yang ada
    Keturunannya memang haloba
    kami minoriti nestapa
    Kuning dia warna terlapak kaki
    Hari ini dia memberi
    esok pula dia minta kembali
    celaka kau kambing tua
    yu yang tak tinggal dilaut
    mengidam bangkai sentiasa
    walau pernah beraja di perairan
    keturunannya memang haloba
    hanya integrasi satu kaum
    mana letak kita, mana moyang kita
    lupa apa yang bisa kita perlaku
    walau tumpah darah sekali pun
    celaka kau kambing tua
    aku benci petir dalam bulatan
    aku benci seragam putihmu
    posted by minda bersaru @ 2:53 pm  
  • 9.1.07
    Siapa disebalik SIsters in islam
    Semasa sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno, seorang perwakilan dari Pulau Pinang, Shahbudin Yahya telah mendedahkan darihal komplot beberapa NGO yang bergerak sehingga mengancam kedudukan Islam dalam negara.
    Antara NGO yang didedahkan oleh wakil Umno Pulalu Pinang itu adalah:
    Pusat KOMAS, Sisters in Islam dan Penang Global Ethics Project
    Menurut wakil Umno itu lagi NGO-NGO ini mendapat sokongan daripada sebuah badan antarabangsa iaitu Konrad Adenauer Foundation yang mempunyai pejabat cawangan di sini.
    Shahbudin telah menunjukkan kepada para perwakilan beberapa produk badan ini termasuklah buku dan VCD yang katanya mempromosi konsep liberalisma dan pluralisma dalam beragama. Kata beliau ini bermakna Malaysia sekarang menerima ancaman terhadap kestabilan Islam bukan hanya dari dalam (iaitu kalangan orang-orang Melayu Islam sendiri) tetapi juga melalui kerjasama sistematik dari badan-badan luar.
    Kata beliau lagi Sisters in Islam contohnya selama ini menumpukan kegiatannya kepada melemahkan sistem kehakiman mahkamah syariah bagi menimbulkan keraguan di kalangan masyrakat Islam agar menolak sistem kehakima syariah.
    Sesungguhnya protes terhadap tindak-tanduk Sisters in Islam ini telah lama disuarakan oleh badan-badan dan gerakan Islam, tetapi tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak. Malahan penubuhan apa yang dikatakan IFC itu pun menerima sokongan dan galakan kuat dari SIS.
    Cumanya apa yang wakil Pulau Pinang itu tidak sedar adalah apabila beliau mendedahkan darihal kegiatan SIS ini beliau menyinggung dua orang besar dalam Dewan Merdeka PWTC itu iaitu Presiden partinya serta Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.
    Kenapa?
    Kerana anak dan isteri mereka iaitu Nori Abdullah adalah seorang aktivis SIS. Beliau sering mengikuti program, anjuran SIS. Kalau benar SIS mengancam kestabilan Islam maka Menteri Keselamatan Dalam Negeri perlu menyiasat, barangkali SIS lebih merbahaya dari KMM dan Nori pula lebih merbahaya dari Nik Adli?!!
    Sebagai bukti kuatnya hubungan antara Nori dan SIS terutama terajunya Zainah Anwar berikut saya perturunkan sedutan dari sebuah artikel yang terbit dalam THE NEW YORK TIMES pada 19 Febuari 2006 lalu:
    A model progressive Muslim country, Ms. Zainah observed, cannot show the world that it makes laws that discriminate against women and that allows its religious authorities to snatch away the body of a dead man from his grieving Hindu family.
    As Ms. Zainah, a graduate of the Fletcher School of Law and Diplomacy at Tufts University, goes into battle, she holds some formidable cards. Chief among them are candor, not caring what others think and a refusal to be intimidated. She has not married, and said, I dont want to be a slave to a man.
    Another advantage: Ms. Zainah is close to two progressive women with powerful connections, Marina Mahathir, the daughter of the former prime minister, and Nori Abdullah, the daughter of the current prime minister. He gets an earful from her, Ms. Zainah said, referring to Mr. Abdullah and his daughter.
    Zainah dilaporkan menyebut bahawa Abdullah (Perdana Menteri) akan mendengar cakap Nori dan Zainah mempunyai hubungan rapat dengan Nori!
    Saya tidak pasti tetapi semasa ucapan penggulungan Dollah lewat petang tadi saya tidak pula mendengar Abdullah menyentuh atau mengulas isu ini, bermakna luahan hati wakil Pulau Pinang itu yang lebih dari 10 minit tidak mendapat perhatian Presiden dan pimpinan parti.
    Sementara itu memandangkan nama Konrad-Adenauer Foundation ini telah pun disebut saya fikir eloklah pihak Kementerian Keselamatan dalam Negeri dan mungkin JAKIM juga tinjau-tinjau sedikit aktivitinya. Untuk rekod, Timbalan Perdana Menteri pun pernah sebelum ini memberi ucap utama dalam sebuah forum anjuran badan yang berpusat di Jerman ini.
    Kalau kita lihat badan ini turut menerbitkan beberapa buku berkenaan Islam dalam bahasa Melayu yang saya tidak pasti adakah JAKIM dan pihak yang berwajib maklum ataupun tidak, antaranya berjudul:
    Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah,
    Demokrasi dalam Al-Quran, Hadis, & Tradisi,
    Islam Tunduk Menyerah
    Saya mengambil inisiatif untuk menulis berkenaan SIS dan KAF ini kerana ianya dibangkitkan oleh wakil Umno dalam Perhimpunan Agung Umno. Kiranya dibangkit oleh wakil NGO Islam atau PAS sudah pasti ianya tidak perlu diberi perhatian, tetapi ini dibongkar oleh forum tertinggi dalam Umno, takkanlah pihak berkuasa TUTUP SEBELAH MATA juga?!
    Kalau benar Umno serius dalam memelihara Islam, segeralah bertindak dengan menyaisat badan-badan ini tanpa prejudis
    posted by minda bersaru @ 2:06 pm  
     

    PenDiteGile

    Nama: minda bersaru
    Tempat Tinggal Bukit beruang, melaka, Malaysia

    Lihat profil Lengkap
    Artikel Terdahulu
    Arkib
    Kempen

    TazKiraH
  • 4 PETANDA PEREMPUAN YANG BERKAT
  • 1. Perempuan yang cepat kahwin
  • 2. Perempuan yang Banyak Anak
  • 3. Perempuan yang Murah Maskahwin
  • 4. Perempuan yang baik Maruah dan akhlak
  • Pautan
    Template by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

     
    free 
website counter ANDA ADALAH PENGUNJUNG YANG KE free website counter TERIMA KASIH cash advances Rakan Masjid Topsites Malaysia Blog Sites Listing