|
16.6.06 |
bencikan maksiat |
 |
posted by minda bersaru @ 10:22 am  |
|
|
13.6.06 |
Tetap Pak Lah Tidak Layak |
Tetap Pak Lah Tidak Layak
Perkatakanlah apa sekalipun. Hujahkanlah dari sudut apa sekalipun. Tetap setiap hujah dan fakta akan menunjukkan bahawa kepimpinan yang menerajui negara berketuakan Pak Lah adalah mereka yang paling tidak layak untuk mentadbir negara. Sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab dengan membebankan segala kesusahan yang dihadapi kepada rakyat lewat isu kenaikan harga minyak, tarif harga elektrik dan sebagainya adalah bukti jelas yang tidak dapat dinafikan.
Jika dihujahkan bahawa segala permasalahan ini timbul kesan daripada pemerintahan Dr. Mahathir sebelumnya maka tetap Pak Lah dan ahli-ahli kabinetnya yang ada sekarang perlu dipertanggungjawabkan. Bukankah menjadi tradisi UMNO yang dipertahankan untuk membuat keputusan secara kolektif ? Maka setiap keputusan dibawah pemerintahan Dr. Mahathir dahulunya adalah keputusan Pak Lah juga ! Jika Dr. Mahathir dituduh menghabiskan duit kerajaan maka Pak Lah dan Najib juga bertanggungjawab kepadanya kerana selama itu berdiri teguh dan mempertahankan setiap keputusan yang dibuat bersama Dr. Mahathir. Jika mereka menuduh Putrajaya, KLCC dan MISC adalah idea Dr. Mahathir yang membazir maka mereka juga terlibat didalamnya kerana selama ini dengan hujah itulah mereka berhadapan dengan rakyat !
Dan jika mereka katakan pada ketika itu mereka tiada kuasa dan takut untuk membantah Dr. Mahathir maka terjawablah bahawa mereka sebenarnya memang tidak layak untuk memerintah negara ini, kerana apa...? Kerana negara ini tidak memerlukan kumpulan orang pengecut yang tidak berani untuk bersuara berkata tidak kepada penyelewengan dan pengkhianatan amanah rakyat !
Tolak UMNO
Maka penyelesaian terbaik yang ada untuk rakyat Malaysia pada hari ini ialah dengan menolak UMNO sebagai parti pemerintah. UMNO telah hilang bisanya kerana sikap ampu dan angguk. UMNO telah hilang jatidirinya kerana terus-terusan hidup dialam sistem kronisme dan korupsi. Renungkanlah apa yang diperkatakan oleh Tun Ghafar Baba sebelum hayatnya dihembuskan buat kali terkahir, orang yang selamanya UMNO itu sendiri, yang hidup semenjak dari zaman UMNO dilahirkan, orang yang berdiri bersama Tunku Abdul Rahman ketika mengisytiharkan kemerdekaan negara, yang bersama-sama Dr. Mahathir membangkit UMNO dari pengebumiannya pada tahu 1988... orang yang itu juga berkata bahawa UMNO yang ada hari ini seumpama seekor gajah yang besar, tapi sayangnya gajah itu berkaki plastik yang menanti masa untuk tumbang dan rebah ke bumi... orang yang sama itu juga pernah berkata bahawa UMNO itu hari ini sedang siap sedia untuk dilelong kerana berleluasanya permainan kotor rasuah ! Maka apa tunggu lagi ? |
posted by minda bersaru @ 1:42 pm  |
|
|
|
|
|